Thursday, 25 August 2011

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar



Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).


Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).

Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.


Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).


Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?


Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).


Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?



Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.


Saturday, 6 August 2011

Jadual Tazkirah Ramadhan Surau Nurul Iman

Semoga sama-sama merebut peluang pahala dibulan Ramadhan.
"Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan dalam rangka untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga" (HR Muslim)

Friday, 5 August 2011

Siji Kursus B.Inggeris bagi peringkat 7 ~12

Kursus B.Inggeris bagi peringkat 7 ~12 tahun telah tamat hari ini. Peserta-peserta kursus diberikan Sijil Penyertaan . Sijil dikeluarkan oleh Kolej Komuniti sendiri.
Semoga anak-anak mendapat manafaat setelah selesai kursus tersebut.  

Saturday, 23 July 2011

Gotong-Royong kali ke-2 & Kenduri Menyambut Puasa (23 Julai 2011)

Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada hari ini 23 Julai 2011 telah berjaya dilaksanakan. Bermula seawal 800pagi di persekitaran rumah lorong 1/4 fasa 5A, program dimulakan dengan senaman ringan dan seterusnya berkerjasama membersihkan kawasan seperti memotong rumput, membersih dan membuang sampah sarap, mencuci longkang dan sebagainya.
Pengerusi dan pihak pengurusan Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang terlibat. Semoga dengan semangat & keiklasan kerjasama yang ditunjukkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

Senaman ringan sebelum Gotong Royong
Kaum Ibu pun bersemangat
Jurulatih senaman (Tn Pengerusi)
Kerjasama membersihkan kawasan

Tengah berbincang sesuatu...

Semangat kerjasama dipupuk dari kecil

Bersedia untuk meratakan rumput

Adik pun nak tolong Ibu....
Berhenti rehat
Makan sambil bersantai

Jom minum dulu ...!!


Selesai gotong-royong .....
 
Kerjasama menyediakan bahan-bahan untuk memasak di sebelah Petang



Pengerusi menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Nasyid

Semoga anak-anak rasa dihargai dengan penyampaian nasyid mereka
Kenduri sambutan Puasa didahului dengan bacaan Yassin dan Tahlil

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Jiran Tetangga dan diberkati Allah s.w.t. Program seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa supaya halaman dan persekitaran rumah kita bersih dan sejahtera.

Monday, 4 July 2011

Cadangan Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada 23hb Julai 2011

Pengerusi dan AJK Persatuan sebulat suara bercadang mengadakan Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada 23hb Julai 2011 iaitu Hari Sabtu.

Ianya akan diadakan d persekitaran rumah jam 800pagi dan kenduri Menyambut Puasa selepas solat Maghrib jam 800mlm bertempat diperkarangan rumah lorong 1/4.

Agenda dan Tujuan Program:
i) Membersih persekitaran rumah, longkang, memotong rumput bagi menghapuskan nyamuk Aedes, lalat dan sampah sarap sebelum tiba bulan Puasa.
ii) Mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama sesama jiran tetangga.

Ketua keluarga boleh menghulurkan Sumbangan Iklas minima sebanyak RM10.00 dan keatas. Jika berkemampuan boleh juaga menghulurkan sumbangan beras, gula, garam, kicap dan lain-lain bagi melancarkan perjalanan program.

Sumbangan wang dan barang-barang keperluan lain bolehlah dihulurkan kepada Bendahari (Suriani binti Baharom) 5 hari sebelum tarikh program.

Pengerusi dan pihak pengurusan Persatuan mengalu-alukan Sumbangan Iklas dari semua. Semoga sumbangan tuan-tuan/ puan-puan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Nota:
i) Terbuka kepada ahli dan semua yang berminat tanpa paksaan.
ii) Hendaklah mengisi borang yang diedarkan dan kembalikan sebelum 9hb Julai 2011 kepada Pengerusi.
iii) Dialu-alukan cadangan yang membina.

Wednesday, 29 June 2011

Foto sekitar Kursus Bahasa Inggeris

 Kelas Pelajar Darjah 1 ~ 6 (Dewan Rukun Tetangga, Tmn Mutiara)

Seisi Belajar B.Inggeris oleh Cikgu Nadia - Pensyarah Politeknik Kulim


Kelas Dewasa 

Tuesday, 28 June 2011

BAJU PERSATUAN

Baju Persatuan dah siap.
Baju Lelaki

Logo Persatuan (Baju Lelaki)

Baju Muslimah

Logo Baju Muslimah

Sunday, 12 June 2011

Kursus Komunikasi Bahasa Inggeris- 17 & 18hb Jun 2011

Kursus Komunikasi Bahasa Inggeris akan diadakan pada 17 & 18hb Jun 2011 bertempat di Dewan Rukun Tetangga Taman Mutiara, Sg. Kob, Kulim, Kedah.
Untuk pelajar  sekolah Darjah 1 hingga 6 akan diadakan pada 17hb. Jun 2011, jam 830pagi hingga 1230 tghari.
Bagi kelas dewasa ialah pada 18hb Jun 2011, jam 800 hingga 1100malam.
Sila bawa RM10.00 untuk pendaftaran.
Diharap Kursus tersebut dapat memberi manafaat kepada ahli dan anak-anak.

Friday, 10 June 2011

Seminar Bijak Belajar Dr. Shukri 08 Jun 2011


Seminar Bijak Belajar yang berlangsung di dewan Hotel Amanpura, Sg. Petani, Kedah (dahulunya SP Inn) telah berjaya memberi banyak serta tips belajar untuk anak-anak. Sambutan amat mengalakkan sehingga penuh ruang legar dewan hotel.

Antara tips belajar ialah:
1. Sebagai Pelajar hendaklah mengutamakan PELAJARAN dalam kehidupannya.
2. Pelajar hendaklah menentukan matlamat dan lihat matlamat itu setiap hari.
3. Mengunakan konsep SA.T.U iaitu SA (Sedia awal), T (Tumpuan) dan U (Ulangkaji Berkala).
Sedia awal - Membaca topik yang belum diajar sebelum masuk kelas.
Tumpuan - Memberi tumpuan 100% semasa guru mengajar.
Ulangkaji Berkala - Ulangkaji topik yang guru ajar selepas waktu sekolah.
4. Belajar 4 hingga 5 jam sehari. Waktu di awal pagi, petang dan malam.
5. Mengulangkaji tajuk baru dan tajuk lama.
6. Untuk cermelang 'A' didalam semua matapejaran, pelajar perlu menguasai semua subjek, semua topik setiap subjek dan semua sub-topik dalam setiap topik.
7. Perlu mengatasi masalah mengantuk 'Lawan bukan Layan'.

Kita doakan semoga ianya memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar dan seterusnya berjaya di dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti.

Saturday, 28 May 2011

Sudahkah anda membuat Penamaan KWSP?

Jika anda berumur 18 tahun dan ke atas, anda boleh menamakan waris anda (dibenarkan lebih dari seorang) sebagai penerima/pentadbir simpanan KWSP anda apabila anda meninggal dunia. Anda dinasihatkan untuk menamakan ahli keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak-anak, bapa, ibu atau adik-beradik bagi memudahkan pengeluaran simpanan KWSP anda.
Bagi ahli bukan beragama Islam, individu (atau individu-individu) yang dinamakan adalah merupakan pewaris yang sebenar (beneficiary), yang akan menjadi penerima multak simpanan anda apabila anda meninggal dunia. Manakala, bagi ahli yang beragama Islam, individu (atau individu-individu) yang dinamakan adalah merupakan wasi / pentadbir yang bertanggungjawab untuk menguruskan pengagihan simpanan anda kepada waris yang berhak mengikut hukum Faraid apabila anda meninggal dunia.
Warganegara asing tidak dibenarkan membuat sebarang penamaan.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama tersebut.
Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris terdekat atau tanggungan anda berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan tersebut daripada KWSP.
Sekiranya simpanan anda melebihi RM25,000, waris terdekat anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian/Sijil Faraid daripada pihak yang menguruskan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad atau Mahkamah atau Pejabat Tanah. Proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan biasanya mengambil masa yang panjang dan pemohon akan dikenakan bayaran tertentu.
Bagaimana Membuat Penamaan?

Anda perlu mengisi Borang Penamaan KWSP 4 (AHL) dengan lengkap dan menghantarnya ke mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran. Borang ini perlu diterima oleh KWSP semasa hayat anda.

Bagaimana Mengemaskini Penamaan?

Anda boleh menukar, meminda atau membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baru. Sebaik sahaja KWSP menerima Borang Penamaan tersebut, penamaan anda yang terdahulu akan terbatal dengan sendirinya.

Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam

Bagi ahli yang beragama Islam, individu (individu-individu) yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan anda kepada waris-waris yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Saksi-saksi Yang Diiktiraf

Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda kecuali individu (individu-individu) yang dinamakan di dalam Borang Penamaan itu.
Menyemak Penamaan

Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh menyemak penamaan tersebut melalui cara berikut:-
  • Menulis surat kepada:-
    Unit Penamaan,
    Seksyen Pendaftaran,
    Pejabat KWSP Petaling Jaya,
    Bangunan KWSP Jalan Gasing,
    46598 Petaling Jaya,
    Selangor.
Anda perlu kemukakan kad pengenalan untuk semakan di kaunter manakala untuk semakan secara bertulis anda perlu sertakan salinan kad pengenalan.

Monday, 16 May 2011

SEMINAR BIJAK BELAJAR BERSAMA DR. SHUKRI

Satu lagi program yang bermanafaat untuk anak-anak. 

KEM BINA INSAN 2011 - RM20 SAHAJA

Pada musim sekolah anak-anak berumur 13 ~ 15tahun bolehlah mengunakan masa untuk aktiviti berfaedah. Pada 28 ~ 31hb Mei 2011, Pembangunan Insan Negeri Kedah akan menjalankan KEM BINA INSAN.
Ibubapa yang berminat, bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Maktab Mahmud, Padang Serai, Kulim Kedah.

Sunday, 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2011

Friday, 13 May 2011

Alert : NEW EPF RULES

Alert : NEW EPF RULES

If ONE (1) of your Nominees in the EPF Nominees list dies, automatically the whole arrangement (EPF Nominees list) is VOID ..
Meaning if, you only put in One (1) name & unfortunately he/she dies before you - automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Even though if you have few names in the EPF Nominees list, - the whole arrangement is VOID & none of the individual names left in the EPF Nominees list will get their portion & automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Piece of advice - if any of the your Nominees in the EPF Nominees list dies, please do immediately approach the nearest EPF counter & present the Death Certificate of the individual & register your NEW / LATEST Nominee in the EPF Nominees list + NEW / LATEST percentage .

If, you & the other party (maybe spouse) involved in the same misfortune (accident / illness) that caused death to both yourself / spouse please, please, please alert your siblings / relatives / parents to immediately approach the nearest EPF counter & share the information within 3 days to AVOID all EPF money to be surrendered to trustee of AMANAH RAYA .

Upon surrender to trustee of AMANAH RAYA, your children will have to battle the money thru 3 channels;

Majlis Agama

Pejabat Tanah

Mahkamah

The normal period via above 3 channels usually takes 2-3 years (except if you have inside/tip top connection) at Amanah Raya.

CHOOI & CO
Advocates & Solicitors
Level 23 Menara Dion
No. 27 Jln Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur , Malaysia
GEN Tel: +60-(0)3-2055 3888
GEN Fax: +60-(0)3-2055 3880/1

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu : 08 Mei 2011

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

Sunday, 24 April 2011

Mengeratkan Hubungan Silaturahim

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya”. (Surah An-Nisa’ : Ayat 36)

Daripada Abu Muhammad Muth’im, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan hubungan silaturahim”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Menghubungkan silaturahim adalah perkara wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang yang mendapat laknat Allah SWT. Justeru, berusaha berbuat baik kepada sesama manusia seperti memberi hadiah, menziarahinya, mendoakannya dan sebagainya. Apa gunanya kita melaksanakan solat tetapi pada masa yang sama kita memutuskan hubungan silaturahim.
Dalam sebuah hadis, daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Orang yang menghubungkan silaturahim bukan orang yang memberi jaminan, tetapi orang yang menghubungkan silaturahim adalah orang yang apabila kaum kerabatnya memutuskan hubungan maka ia menyambungnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah bahawasanya ada seseorang berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara yang saya menghubungkan tali persahabatan dengan mereka tetapi mereka memutuskan tali persahabatan dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya selalu berlembut ramah kepada mereka tetapi mereka tidak mengendahkan”. Baginda SAW bersabda: “Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah SWT akan selalu memberi pertolongan kepadamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian”. (Hadis Riwayat Muslim)
Adapun sikap manusia yang melakukan perkara tidak baik itu, maka tegurlah dengan cara yang berhemah dan berhikmah. Sesungguhnya amalan nasihat menasihati sekiranya dilakukan dengan cara yang betul boleh mengeratkan hubungan silaturahim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik.” (Surah An-Nahl : Ayat 125)
Sebuah hadis daripada Abu Wail Syaqiq berkata: Ibnu Mas’ud biasa memberi nasihat kepada kami setiap hari Khamis, kemudian ada seseorang berkata kepadanya: Wahai Abu Abdurrahman saya amat senang hati kiranya engkau mahu memberi nasihat kepada kami setiap hari. Ibnu Mas’ud menjawab: Sebenarnya tidak ada yang menghalangi saya untuk memberi nasihat setiap hari melainkan saya bimbang kamu semua akan menjadi bosan. Saya sengaja menjarangkan waktu untuk memberi nasihat sepertimana Rasulullah SAW juga menjarangkan kepada kami kerana Baginda bimbang kalau kami merasa bosan.

Dipetik dari: http://sinar.cikedis.com/

Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat.

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. (Riwayat Muslim)

Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama “keamanan”, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan, pencerobohan dan lain-lain.
Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Dipetik dari: http://hadis.cikedis.com/

Thursday, 21 April 2011

Info 1: PATI bawa penyakit Malaria ke Malaysia

Alor Setar, Kedah-
Badan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi YB Dr. Ismail Salleh menjelaskan bahawa Pendatang Tanpa Izin (PATI) adalah dikesan sebagai pembawa yang menyebabkan penularan parasit demam Malaria kepada rakyat di negara ini.
Beliau berkata demikian berikutan menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Ketil YB Md Zuki Yusof mengenai tahap Malaria, Denggi dan Leptospirosis di Kedah dalam pertanyaan mulut pada Sidang Dewan baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, bagi tahun 2010 sebanyak 100 kes demam Malaria dilaporkan, 65 daripadanya ialah berbangsa Myammar dan Thailand. Selebihnya adalah berbangsa Indonesia, India, Nepal, Pakistan, Yaman dan rakyat tempatan.
“Mengikut laporan, penyakit ini telah menyebabkan empat kematian dari bangsa Mymmar dengan tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan usia 22 hingga 37 tahun.
“Masalah penyakit ini dibawa oleh PATI yang masuk secara haram bersama kemasukan parasit Malaria dalam tubuh badannya serta berjangkit melalui nyamuk kepada orang lain dan rakyat tempatan.” Katanya.
Tambanhnya lagi, untuk rakyat tempatan dari segi penyakit Malaria adalah satu penyakit lama yang sudah pupus tapi lima tahun terakhir kembali menjadi masalah negara yang perlu diberi perhatian serius.
Beliau juga menjelaskan melalui statistik ini kita melihat penyakit ini muncul dan menunjukkan peningkatan yang disebabkan kemasukan PATI tanpa kawalan ketat daripada pihak bertanggungjawab.
YB Dr. Ismail juga memberitahu, sehingga 16 Oktober tahun 2010 jumlah kes sebanyak 100 dilaporkan, berbanding 47 kes tempoh yang sama pada tahun 2009.
Peningkatan sebanyak 53 kes iaitu 113 peratus adalah angka yang membimbangkan. Daerah Kulim tertinggi sebanyak 49 kes,  Bandar Baharu 13, Sik 12, dan Kuala Muda sebanyak sembilan kes. Ini adalah empat daerah utama yang mencatat kes demam Malaria.
Bagi penyakit Denggi pula, jumlah keseluruhan sehingga 16 Oktober 2010 sebanyak 680 kes, berbanding tahun 2009 sebanyak 640 kes di Daerah Kuala Muda mencatat bilangan tertinggi sebanyak 215 kes diikuti Daerah Kota Setar 138, Kulim 70, dan Padang Terap sebanyak 69 kes.
Jumlah ini menunjukkan Kedah mencatat kematian tertinggi sebanyak 3 nyawa berbanding tahun 2009 dan 2008, sebanyak 643 kes melebihi daripada sasaran. Kematian yang berlaku di Kedah antara tertinggi di Malaysia adalah 0.51 iaitu 5 daripada 1000 orang.
Bagi penyakit Leptospirosis pula, secara umumnya ini adalah penyakit berjangkit melalui kencing tikus, namun haiwan lain seperti anjing, kucing dan babi juga antara yang boleh dijadikan penyebabnya.
Ianya sejenis penyakit disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan Spirochete (lepstospira) iaitu penyakit zoonatik berjangkit melalui kontek atau sentuhan dengan tanah atau air yang dicemari oleh najis atau kencing haiwan berkenaan.
Sehingga 23 Oktober 2010 sebanyak 167 kes lepstospirosis dilaporkan dengan tiga kematian di Kedah.

Dipetik dari: http://lensafakhri90.wordpress.com/

Sunday, 17 April 2011

Ikthiar 2: Doa meringankan Beban Hutang

Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.

Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud ) 
Dipetik dari: http://ustazshauqi.blogspot.com/

Monday, 11 April 2011

Ikhtiar 1: Elak Racun dan Santau

Kebanyakan mangsa racun dan santau memperolehinya ketika majlis jamuan, di kedai makan atau kenduri-kendara. Berikut ialah amalan sebagai ikhtiar untuk mengelakkan bahana tersebut.

1.Sebelum keluar rumah:
a) Al-Fatihah 1 kali
b) Ayatul Qursi 1 kali
c) Al-Quraisy 1 kali
d) Al-Ikhlas 3 kali
e) Ayat penggerak 3 kali
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

2. Semasa keluar rumah melangkah dengan kaki kanan.

3. Semasa sampai di kedai atau majlis, baca:

a) Al- Quraisy 1 kali
b) Surah Al-Hadid:25 - 3 kali إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
c) Ayat pengerak

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada angkara kejahatan jin dan manusia…amiin.

http://akrineseremban.blogspot.com/

Sunday, 10 April 2011

Pengenalan Kolej Komuniti

PENGENALAN
Kolej Komuniti Kulim menawarkan kursus - kursus pendek berdasarkan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kursus Pendek @ KKulim adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat.
Pihak kolej menawarkan pelbagai jenis kursus pendek berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim, selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti.

OBJEKTIF
  1. Memberi pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup
  2. Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat untuk membangunkan komuniti setempat
  3. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang
KUMPULAN SASARAN
  1. Pelajar lepasan sekolah/ sedang bersekolah
  2. Bekerja sendiri
  3. Suri rumah
  4. Pesara
  5. Pekerja industri / swasta / awam
  6. Pertubuhan bukan kerajaan
CARA MEMOHON
Individu yang berminat boleh menghantar borang permohonan kursus yang boleh didapati di Kolej Komuniti Kulim atau membuat pertanyaan terus kepada Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 04-4900412 atau menghubungi melalui kolej yang menawarkan kursus-kursus pendek tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Bagi setiap kursus pendek yang dihadiri dan melebihi 8 jam, layak mendapat sijil penyertaan
 

GRAFIK & MULTIMEDIA


  • AutoCAD 2D
  • AutoCAD 3D
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Macromedia Director

JAHITAN / PAKAIAN


  • Jahitan
  • Baju Kurung
  • Baju Melayu
  • Sulaman Mesin
  • Langsir

BAHASA


  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Mandarin
  • Bahasa Tamil

KEROHANIAN / AGAMA


  • Fiqah
  • Quran
  • Pengurusan Jenazah
  • Kursus Perkahwinan
  • Hadith

PROGRAM INDUSTRI


  • Hawa Dingin
  • Kimpalan
  • Penyelenggaraan Mekanikal
  • Penyelenggaraan Elektrikal
  • Keselamatan Industri

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMPUTER


  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Power Point
  • Microsoft Visual Basic
  • Pengenalan kepada Internet

ELEKTRIK & ELEKTRONIK


  • Pendawaian Elektrik Fasa 1
  • Baikpulih Peralatan Elektrik
  • Melukis Litar Elektrik
  • Digital Elektronik
  • Analog Elektronik

BISNES & KEUSAHAWANAN


  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • Perakaunan
  • Komunikasi Bisnes
  

Friday, 8 April 2011

Kolej Komuniti

Selain daripada pemilihan logo, mesyuarat juga membincangkan aktiviti-aktiviti untuk ahli dan anak-anak. Program yang akan dijalankan ialah Pembelajaran untuk anak-anak di 'Dewan Rukun Tetangga Fasa 7' yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti. Pelajaran yang dicadangkan ialah Kursus Bahasa Inggeris untuk anak-anak berumur 7 hingga 12tahun. Borang permohonan boleh didapati daripada Puan Norhayati.

Kolej Komuniti juga ada menawarkan kursus-kursus lain seperti Memasak, Menjahit, Pendawaian Elektrik, Kemahiran Komputer, Bahasa Mandarin dan lain-lain lagi.
Ahli-ahli yang berminat boleh memberi nama dan kursus yang dipilih kepada Puan Norhayati. Kursus yang mendapat sambutan akan di bincang dan dibawa kepada pihak Kolej.

Mesyuarat juga mencadangkan untuk membuat baju Persatuan. Harga anggaran baju bagi Lelaki dewasa ialah RM25 dan muslimah ialah RM30. Keutamaan diberikan kepada Ibubapa. Baju anak-anak adalah mengikut kemampuan. Cadangan bayaran baju ialah pada awal bulan Mei 2011, diserah kepada Bendahari.

Mesyuarat juga melantik Puan Norhayati sebagai setiausaha dan melantik Puan Ayu Irdawati sebagai AJK yang baru.

Logo

Logo persatuan telah dipilih seperti dibawah:
  • PTMF5: PERSATUAN TAMAN MUTIARA FASA 5
  • IKON DAUN: LAMBANG 'TAMAN'
  • WARNA HIJAU DAUN: KEHARMONIAN & KEDAMAIAN TAMAN
  • MOTTO: MUTIARA - LAMBANG SESUATU YANG BERHARGA
  • SILATURRAHIM - YANG BERHARGA ITU IALAH SILATURRAHIM
  • WARNA OREN: LAMBANG KECERIAAN 
  • WARNA PUTIH (LATAR BELAKANG): KESUCIAN HATI AHLI-AHLI PERSATUAN
Terimakasih diatas Hadiah dan Saguhati yang disumbangkan oleh Saudara Jumary.



































    Thursday, 7 April 2011

    Mesyuarat Persatuan

    Mesyuarat Persatuan akan diadakan pada 08 April 11, jam 6pm di perkarangan rumah pengerusi untuk memilih logo persatuan yang terbaik. Mesyuarat juga akan membincangkan program untuk ahli-ahli serta anak-anak ke Kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Kulim.

    Thursday, 31 March 2011

    Pertandingan Mencipta Logo Persatuan

    Saudara Jumary sebagai Pengerusi membuka peluang kepada semua ahli-ahli Persatuan Taman Mutiara Fasa 5 untuk mencipta logo Persatuan. Hadiah akan diberi kepada pemenang Pertama sahaja. Logo yang terpilih itu akan dijadikan Logo rasmi Persatuan. Tarikh tutup ialah pada Sabtu 02 April 2011.
    Logo yang dicipta mesti mempunyai makna disebaliknya:

    CONTOH:
    Nama Persatuan:  PTK (Persatuan Taman Orkid)
    Rekabentuk: Lambang Bunga (Bunga sebagai lambang Taman)
                        Lambang Orang berpegangan tangan (Lambang kesatuan hati setiap ahli-ahli Persatuan)
    Warna: Hijau (Lambang kedamaian Taman)

    Sila hantar Logo yang direka kepada Saudara Jumary. Pemenang akan diumumkan selepas pemilihan dibuat oleh Ahli JawatanKuasa.

    Saturday, 26 March 2011

    TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

    Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
    Murid 1 = ' Orang tua '
    Murid 2 = ' Guru '
    Murid 3 = ' Teman '
    Murid 4 = ' Kaum kerabat '
    Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

    Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
    Murid 1 = ' Negeri Cina '
    Murid 2 = ' Bulan '
    Murid 3 = ' Matahari '
    Murid 4 = ' Bintang 2 '
    Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

    Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
    Murid 1 = ' Gunung '
    Murid 2 = ' Matahari '
    Murid 3 = ' Bumi '

    Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

    ' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
    Murid 1 = ' Kapas'
    Murid 2 = ' Angin '
    Murid 3 = ' Debu '
    Murid 4 = ' Daun-daun'
    Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

    IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
    Murid 1 = ' Baja '
    Murid 2 = ' Besi '
    Murid 3 = ' Gajah '
    Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

    Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
    Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
    Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

    ''sampaikanlah walau satu ayat'

    Monday, 14 March 2011

    SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH (SRINPEK)

    SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH (SRINPEK), memerlukan dana sebanyak RM500'000 utk menyiapkan bangunan tambahan bagi melayakkan sekolah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menjelang 2012.
    Jika SRINPEK layak, ianya menjadikan Sekolah Rendah Islam pertama yang berteraskan Pembelajaran Aliran Arab di Kulim. Masa depan anak-anak kita yang berminat ke Sekolah Menengah Arab, boleh bermula di SRINPEK. Ianya memudahkan anak-anak belajar kerana sudah mempunyai asas Arab di Sekolah Rendah. Diharap kita dapat sama2 membantu!! 
    Dana boleh disalurkan melalui Wakaf, Zakat, Derma atau Sumbangan. Wakaf bernilai RM30 = 1/2 kaki persegi. Ahli-ahli Persatuan yang berminat boleh menyalurkan Wakaf kepada Pengerusi (Mohd Jumary), AJK (Suriani & Norhayati), sementara Derma & Sumbangan boleh disalur terus ke akaun Bank Islam : 02-057-0100-1384-3.