Sunday 24 April 2011

Mengeratkan Hubungan Silaturahim

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya”. (Surah An-Nisa’ : Ayat 36)

Daripada Abu Muhammad Muth’im, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan hubungan silaturahim”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Menghubungkan silaturahim adalah perkara wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang yang mendapat laknat Allah SWT. Justeru, berusaha berbuat baik kepada sesama manusia seperti memberi hadiah, menziarahinya, mendoakannya dan sebagainya. Apa gunanya kita melaksanakan solat tetapi pada masa yang sama kita memutuskan hubungan silaturahim.
Dalam sebuah hadis, daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Orang yang menghubungkan silaturahim bukan orang yang memberi jaminan, tetapi orang yang menghubungkan silaturahim adalah orang yang apabila kaum kerabatnya memutuskan hubungan maka ia menyambungnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah bahawasanya ada seseorang berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara yang saya menghubungkan tali persahabatan dengan mereka tetapi mereka memutuskan tali persahabatan dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya selalu berlembut ramah kepada mereka tetapi mereka tidak mengendahkan”. Baginda SAW bersabda: “Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah SWT akan selalu memberi pertolongan kepadamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian”. (Hadis Riwayat Muslim)
Adapun sikap manusia yang melakukan perkara tidak baik itu, maka tegurlah dengan cara yang berhemah dan berhikmah. Sesungguhnya amalan nasihat menasihati sekiranya dilakukan dengan cara yang betul boleh mengeratkan hubungan silaturahim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik.” (Surah An-Nahl : Ayat 125)
Sebuah hadis daripada Abu Wail Syaqiq berkata: Ibnu Mas’ud biasa memberi nasihat kepada kami setiap hari Khamis, kemudian ada seseorang berkata kepadanya: Wahai Abu Abdurrahman saya amat senang hati kiranya engkau mahu memberi nasihat kepada kami setiap hari. Ibnu Mas’ud menjawab: Sebenarnya tidak ada yang menghalangi saya untuk memberi nasihat setiap hari melainkan saya bimbang kamu semua akan menjadi bosan. Saya sengaja menjarangkan waktu untuk memberi nasihat sepertimana Rasulullah SAW juga menjarangkan kepada kami kerana Baginda bimbang kalau kami merasa bosan.

Dipetik dari: http://sinar.cikedis.com/

Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat.

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. (Riwayat Muslim)

Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama “keamanan”, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan, pencerobohan dan lain-lain.
Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Dipetik dari: http://hadis.cikedis.com/

Thursday 21 April 2011

Info 1: PATI bawa penyakit Malaria ke Malaysia

Alor Setar, Kedah-
Badan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi YB Dr. Ismail Salleh menjelaskan bahawa Pendatang Tanpa Izin (PATI) adalah dikesan sebagai pembawa yang menyebabkan penularan parasit demam Malaria kepada rakyat di negara ini.
Beliau berkata demikian berikutan menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Ketil YB Md Zuki Yusof mengenai tahap Malaria, Denggi dan Leptospirosis di Kedah dalam pertanyaan mulut pada Sidang Dewan baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, bagi tahun 2010 sebanyak 100 kes demam Malaria dilaporkan, 65 daripadanya ialah berbangsa Myammar dan Thailand. Selebihnya adalah berbangsa Indonesia, India, Nepal, Pakistan, Yaman dan rakyat tempatan.
“Mengikut laporan, penyakit ini telah menyebabkan empat kematian dari bangsa Mymmar dengan tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan usia 22 hingga 37 tahun.
“Masalah penyakit ini dibawa oleh PATI yang masuk secara haram bersama kemasukan parasit Malaria dalam tubuh badannya serta berjangkit melalui nyamuk kepada orang lain dan rakyat tempatan.” Katanya.
Tambanhnya lagi, untuk rakyat tempatan dari segi penyakit Malaria adalah satu penyakit lama yang sudah pupus tapi lima tahun terakhir kembali menjadi masalah negara yang perlu diberi perhatian serius.
Beliau juga menjelaskan melalui statistik ini kita melihat penyakit ini muncul dan menunjukkan peningkatan yang disebabkan kemasukan PATI tanpa kawalan ketat daripada pihak bertanggungjawab.
YB Dr. Ismail juga memberitahu, sehingga 16 Oktober tahun 2010 jumlah kes sebanyak 100 dilaporkan, berbanding 47 kes tempoh yang sama pada tahun 2009.
Peningkatan sebanyak 53 kes iaitu 113 peratus adalah angka yang membimbangkan. Daerah Kulim tertinggi sebanyak 49 kes,  Bandar Baharu 13, Sik 12, dan Kuala Muda sebanyak sembilan kes. Ini adalah empat daerah utama yang mencatat kes demam Malaria.
Bagi penyakit Denggi pula, jumlah keseluruhan sehingga 16 Oktober 2010 sebanyak 680 kes, berbanding tahun 2009 sebanyak 640 kes di Daerah Kuala Muda mencatat bilangan tertinggi sebanyak 215 kes diikuti Daerah Kota Setar 138, Kulim 70, dan Padang Terap sebanyak 69 kes.
Jumlah ini menunjukkan Kedah mencatat kematian tertinggi sebanyak 3 nyawa berbanding tahun 2009 dan 2008, sebanyak 643 kes melebihi daripada sasaran. Kematian yang berlaku di Kedah antara tertinggi di Malaysia adalah 0.51 iaitu 5 daripada 1000 orang.
Bagi penyakit Leptospirosis pula, secara umumnya ini adalah penyakit berjangkit melalui kencing tikus, namun haiwan lain seperti anjing, kucing dan babi juga antara yang boleh dijadikan penyebabnya.
Ianya sejenis penyakit disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan Spirochete (lepstospira) iaitu penyakit zoonatik berjangkit melalui kontek atau sentuhan dengan tanah atau air yang dicemari oleh najis atau kencing haiwan berkenaan.
Sehingga 23 Oktober 2010 sebanyak 167 kes lepstospirosis dilaporkan dengan tiga kematian di Kedah.

Dipetik dari: http://lensafakhri90.wordpress.com/

Sunday 17 April 2011

Ikthiar 2: Doa meringankan Beban Hutang

Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.

Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud ) 
Dipetik dari: http://ustazshauqi.blogspot.com/

Monday 11 April 2011

Ikhtiar 1: Elak Racun dan Santau

Kebanyakan mangsa racun dan santau memperolehinya ketika majlis jamuan, di kedai makan atau kenduri-kendara. Berikut ialah amalan sebagai ikhtiar untuk mengelakkan bahana tersebut.

1.Sebelum keluar rumah:
a) Al-Fatihah 1 kali
b) Ayatul Qursi 1 kali
c) Al-Quraisy 1 kali
d) Al-Ikhlas 3 kali
e) Ayat penggerak 3 kali
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

2. Semasa keluar rumah melangkah dengan kaki kanan.

3. Semasa sampai di kedai atau majlis, baca:

a) Al- Quraisy 1 kali
b) Surah Al-Hadid:25 - 3 kali إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
c) Ayat pengerak

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada angkara kejahatan jin dan manusia…amiin.

http://akrineseremban.blogspot.com/

Sunday 10 April 2011

Pengenalan Kolej Komuniti

PENGENALAN
Kolej Komuniti Kulim menawarkan kursus - kursus pendek berdasarkan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kursus Pendek @ KKulim adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat.
Pihak kolej menawarkan pelbagai jenis kursus pendek berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim, selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti.

OBJEKTIF
  1. Memberi pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup
  2. Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat untuk membangunkan komuniti setempat
  3. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang
KUMPULAN SASARAN
  1. Pelajar lepasan sekolah/ sedang bersekolah
  2. Bekerja sendiri
  3. Suri rumah
  4. Pesara
  5. Pekerja industri / swasta / awam
  6. Pertubuhan bukan kerajaan
CARA MEMOHON
Individu yang berminat boleh menghantar borang permohonan kursus yang boleh didapati di Kolej Komuniti Kulim atau membuat pertanyaan terus kepada Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 04-4900412 atau menghubungi melalui kolej yang menawarkan kursus-kursus pendek tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Bagi setiap kursus pendek yang dihadiri dan melebihi 8 jam, layak mendapat sijil penyertaan
 

GRAFIK & MULTIMEDIA


  • AutoCAD 2D
  • AutoCAD 3D
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Macromedia Director

JAHITAN / PAKAIAN


  • Jahitan
  • Baju Kurung
  • Baju Melayu
  • Sulaman Mesin
  • Langsir

BAHASA


  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Mandarin
  • Bahasa Tamil

KEROHANIAN / AGAMA


  • Fiqah
  • Quran
  • Pengurusan Jenazah
  • Kursus Perkahwinan
  • Hadith

PROGRAM INDUSTRI


  • Hawa Dingin
  • Kimpalan
  • Penyelenggaraan Mekanikal
  • Penyelenggaraan Elektrikal
  • Keselamatan Industri

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMPUTER


  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft Power Point
  • Microsoft Visual Basic
  • Pengenalan kepada Internet

ELEKTRIK & ELEKTRONIK


  • Pendawaian Elektrik Fasa 1
  • Baikpulih Peralatan Elektrik
  • Melukis Litar Elektrik
  • Digital Elektronik
  • Analog Elektronik

BISNES & KEUSAHAWANAN


  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • Perakaunan
  • Komunikasi Bisnes
  

Friday 8 April 2011

Kolej Komuniti

Selain daripada pemilihan logo, mesyuarat juga membincangkan aktiviti-aktiviti untuk ahli dan anak-anak. Program yang akan dijalankan ialah Pembelajaran untuk anak-anak di 'Dewan Rukun Tetangga Fasa 7' yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti. Pelajaran yang dicadangkan ialah Kursus Bahasa Inggeris untuk anak-anak berumur 7 hingga 12tahun. Borang permohonan boleh didapati daripada Puan Norhayati.

Kolej Komuniti juga ada menawarkan kursus-kursus lain seperti Memasak, Menjahit, Pendawaian Elektrik, Kemahiran Komputer, Bahasa Mandarin dan lain-lain lagi.
Ahli-ahli yang berminat boleh memberi nama dan kursus yang dipilih kepada Puan Norhayati. Kursus yang mendapat sambutan akan di bincang dan dibawa kepada pihak Kolej.

Mesyuarat juga mencadangkan untuk membuat baju Persatuan. Harga anggaran baju bagi Lelaki dewasa ialah RM25 dan muslimah ialah RM30. Keutamaan diberikan kepada Ibubapa. Baju anak-anak adalah mengikut kemampuan. Cadangan bayaran baju ialah pada awal bulan Mei 2011, diserah kepada Bendahari.

Mesyuarat juga melantik Puan Norhayati sebagai setiausaha dan melantik Puan Ayu Irdawati sebagai AJK yang baru.

Logo

Logo persatuan telah dipilih seperti dibawah:
  • PTMF5: PERSATUAN TAMAN MUTIARA FASA 5
  • IKON DAUN: LAMBANG 'TAMAN'
  • WARNA HIJAU DAUN: KEHARMONIAN & KEDAMAIAN TAMAN
  • MOTTO: MUTIARA - LAMBANG SESUATU YANG BERHARGA
  • SILATURRAHIM - YANG BERHARGA ITU IALAH SILATURRAHIM
  • WARNA OREN: LAMBANG KECERIAAN 
  • WARNA PUTIH (LATAR BELAKANG): KESUCIAN HATI AHLI-AHLI PERSATUAN
Terimakasih diatas Hadiah dan Saguhati yang disumbangkan oleh Saudara Jumary.



































    Thursday 7 April 2011

    Mesyuarat Persatuan

    Mesyuarat Persatuan akan diadakan pada 08 April 11, jam 6pm di perkarangan rumah pengerusi untuk memilih logo persatuan yang terbaik. Mesyuarat juga akan membincangkan program untuk ahli-ahli serta anak-anak ke Kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Kulim.