Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, apa yang dirancang oleh Persatuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Program 'Kem Kesihatan dan Pergigian' mendapat sambutan yang mengalakkan. Kehadiran penduduk-penduduk sekitar serta ahli-ahli sekeluarga memeriahkan lagi suasana.
Jutaan terimakasih diatas kerjasama
Klinik Kesihatan dan '
Pasukan Pergigian Bergerak' Kulim. Persatuan mendapat maklumbalas yang baik daripada Doktor, Jururawat & Pegawai kesihatan. Mereka memberi sokongan yang baik dan mencadangkan agar Persatuan mengadakan lagi program seperti ini.
 |
| Banner Iklan Program |
 |
| Suasana dihari Program- Lorong 1/4, Fasa 5A, Taman Mutiara |
 |
| Kaunter Pendaftaran Pergigian (Pemeriksaan tahap kesihatan gigi) |
 |
| Memeriksa dan memberi nasihat tentang keadaan gigi |
 |
| Beratur mengisi Nama didalam buku rekod Klinik Pergigian |
 |
| Kaunter Pendaftaran (Pemeriksaan Berat, Tinggi, Tekanan Darah, Gula dalam Darah dan Nasihat Doktor) |
 |
| Ruang menunggu giliran Pemeriksaan Kesihatan |
 |
| Pengerusi (Mohd Jumary) memberi sedikit taklimat tentang Persatuan kepada Pengawai Kesihatan |
 |
| Pemeriksaan Tekanan Darah |
 |
| Pemeriksaan tahap Gula dalam darah |
 |
| Mendapat sambutan dari kaum India |
 |
| Terimakasih kepada Puan Siti kerana memberi ruang rumahnya untuk memasak dan makan tengahari. |
 |
| Doktor memberi sedikit nasihat Kesihatan kepada pesakit |
|
 |
| Pegawai Kesihatan juga mempamer & memberi penerangan mengenai Bahaya Rokok. |
|
 |
| Anak-anak berminat dan tekun mendengar penerangan. |
 |
| Tengok dari dekat macamana asap masuk kedalam kerongkong. |
|
 |
| Terimakasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi ruang untuk kegunaan Pemeriksaan Kesihatan. |
 |
| Para Pengawai Kesihatan menjamu selera |
 |
| Sedikit cenderahati dihadiahkan kepada Jururawat dan Pengawai Kesihatan |
 |
Kenangan Bersama Pengawai, Jururawat Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian, MKK dan Ketua Fasa 7
Ahli JawatanKuasa Persatuan mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua ahli-ahli. Dengan kerjasama yang baik, Persatuan dapat menjayakan satu lagi Program yang memberi manafaat kepada masyarakat. Jutaan terimakasih juga kepada pihak Klinik Kesihatan & Pergigian, Ketua Kampung, Ketua Fasa 7, Azizul & Ust Zul (sudi memberi tempat untuk kegunaan Program), pihak Surau (khemah, meja & kerusi) dan semua yang terlibat. Semoga semua mendapat balasan kebaikan dan hidup diberkati Allah s.w.t. |
Syabas !!! :)
ReplyDelete