Saudara Jumary sebagai Pengerusi membuka peluang kepada semua ahli-ahli Persatuan Taman Mutiara Fasa 5 untuk mencipta logo Persatuan. Hadiah akan diberi kepada pemenang Pertama sahaja. Logo yang terpilih itu akan dijadikan Logo rasmi Persatuan. Tarikh tutup ialah pada Sabtu 02 April 2011.
Logo yang dicipta mesti mempunyai makna disebaliknya:
CONTOH:
Nama Persatuan: PTK (Persatuan Taman Orkid)
Rekabentuk: Lambang Bunga (Bunga sebagai lambang Taman)
Lambang Orang berpegangan tangan (Lambang kesatuan hati setiap ahli-ahli Persatuan)
Warna: Hijau (Lambang kedamaian Taman)
Sila hantar Logo yang direka kepada Saudara Jumary. Pemenang akan diumumkan selepas pemilihan dibuat oleh Ahli JawatanKuasa.
Thursday, 31 March 2011
Saturday, 26 March 2011
TEKA-TEKI IMAM GHAZALI
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
''sampaikanlah walau satu ayat'

Monday, 14 March 2011
SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH (SRINPEK)
SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH (SRINPEK), memerlukan dana sebanyak RM500'000 utk menyiapkan bangunan tambahan bagi melayakkan sekolah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menjelang 2012.
Jika SRINPEK layak, ianya menjadikan Sekolah Rendah Islam pertama yang berteraskan Pembelajaran Aliran Arab di Kulim. Masa depan anak-anak kita yang berminat ke Sekolah Menengah Arab, boleh bermula di SRINPEK. Ianya memudahkan anak-anak belajar kerana sudah mempunyai asas Arab di Sekolah Rendah. Diharap kita dapat sama2 membantu!!
Dana boleh disalurkan melalui Wakaf, Zakat, Derma atau Sumbangan. Wakaf bernilai RM30 = 1/2 kaki persegi. Ahli-ahli Persatuan yang berminat boleh menyalurkan Wakaf kepada Pengerusi (Mohd Jumary), AJK (Suriani & Norhayati), sementara Derma & Sumbangan boleh disalur terus ke akaun Bank Islam : 02-057-0100-1384-3.
Labels:
wakaf
Sunday, 13 March 2011
KEM KESIHATAN DAN PERGIGIAN
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, apa yang dirancang oleh Persatuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Program 'Kem Kesihatan dan Pergigian' mendapat sambutan yang mengalakkan. Kehadiran penduduk-penduduk sekitar serta ahli-ahli sekeluarga memeriahkan lagi suasana.
Jutaan terimakasih diatas kerjasama Klinik Kesihatan dan 'Pasukan Pergigian Bergerak' Kulim. Persatuan mendapat maklumbalas yang baik daripada Doktor, Jururawat & Pegawai kesihatan. Mereka memberi sokongan yang baik dan mencadangkan agar Persatuan mengadakan lagi program seperti ini.

Banner Iklan Program |
Suasana dihari Program- Lorong 1/4, Fasa 5A, Taman Mutiara |
Kaunter Pendaftaran Pergigian (Pemeriksaan tahap kesihatan gigi) |
Memeriksa dan memberi nasihat tentang keadaan gigi |
Beratur mengisi Nama didalam buku rekod Klinik Pergigian |
Kaunter Pendaftaran (Pemeriksaan Berat, Tinggi, Tekanan Darah, Gula dalam Darah dan Nasihat Doktor) |
Ruang menunggu giliran Pemeriksaan Kesihatan |
Pengerusi (Mohd Jumary) memberi sedikit taklimat tentang Persatuan kepada Pengawai Kesihatan |
Pemeriksaan Tekanan Darah |
Pemeriksaan tahap Gula dalam darah |
Mendapat sambutan dari kaum India |
Terimakasih kepada Puan Siti kerana memberi ruang rumahnya untuk memasak dan makan tengahari. |
Doktor memberi sedikit nasihat Kesihatan kepada pesakit |
Pegawai Kesihatan juga mempamer & memberi penerangan mengenai Bahaya Rokok. |
Anak-anak berminat dan tekun mendengar penerangan. |
Tengok dari dekat macamana asap masuk kedalam kerongkong. |
Terimakasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi ruang untuk kegunaan Pemeriksaan Kesihatan. |
Para Pengawai Kesihatan menjamu selera |
Sedikit cenderahati dihadiahkan kepada Jururawat dan Pengawai Kesihatan |
Labels:
Kem Kesihatan
Sunday, 6 March 2011
Sambutan Maulidul Rasul 1432H - Anjuran Surau Nurul Iman
Kasih Kepada Rasulullah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
(At-Tabrani)
Huraian
1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Labels:
Maulidul Rasul
Saturday, 5 March 2011
KEM KESIHATAN DAN PERGIGIAN
Pada 03 Mac 2011, Ahli Jawatan Kuasa mengadakan mesyuarat untuk membincangkan Program yang akan diadakan pada 12 Mac 2011. Keputusan mesyuarat bersetuju mengadakan :
KEM KESIHATAN DAN PERGIGIAN
ANJURAN BERSAMA FASA 5A, FASA 6, FASA 7 DAN SURAU
TARIKH : 12 Mac 2011
MASA : 8:30 PAGI HINGGA 1:00 PETANG
TEMPAT : LORONG 1/4, FASA 5A, TAMAN MUTIARA, SG. KOB, KULIM, KEDAH
Penduduk-penduduk sekitar Taman Mutiara di Jemput Hadir.
Konsep yang akan dijalankan ialah "FIRST COME FIRST SERVE".

Wednesday, 2 March 2011
Program Baca Yasin di rumah Siti/ Ku Zan
Pada 13 Feb 2011, program bacaan Yasin diadakan di rumah Siti/ Ku Zan. Semoga Majlis dirahmati dan tuan rumah di berkati Allah s.w.t.
Labels:
Bacaan Yasin
Subscribe to:
Posts (Atom)