Thursday 24 February 2011

SALAM SILATURRAHIM

Bersyukur kepada Allah s.w.t, pada 27hb. Disember 2010 bersamaan dengan 21 Muharram 1432H...Dengan limpah kurniaNya tertubuhlah Persatuan Lorong 1/4, Fasa 5A, Taman Mutiara, Kulim, Kedah. Ianya di ilhamkan oleh Saudara Mohd Jumary untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara jiran. Mesyuarat pertama pada tarikh tersebut telah berjaya melantik Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa untuk melancarkan program-program yang akan dijalankan. Seramai 25 orang ahli sudah berdaftar.

No comments:

Post a Comment