Saturday 26 February 2011

Jamuan Makan Malam 05 Februari 2011

Pada malam 05 Februari 2011, diadakan sedikit Jamuan Makan Malam. Antaranya Ayam Bakar, Nasi Goreng, Mee Goreng dan sebagainya....semuanya sedapp!!




Malam itu Puan Norhayati juga mengadakan sambutan Hari Lahir anaknya iaitu Aiman, Aina dan Aireen.
Doa selamat dibaca sendiri oleh anaknya Aiman. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.... cermerlang didunia Bahagia diakhirat...aminnn!!

 


Friday 25 February 2011

Gotong-Royong 05 February 2011

Program Gotong-royong telah berjaya diadakan pada hari Sabtu 05 Februari 2011.
Ianya mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli-ahli seisi keluarga. Antaranya; membersih longkang, mesin rumput, menyapu sampah dan sebagainya. Sikap kerjasama antara ahli amat membanggakan.











Thursday 24 February 2011

Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : Mohd Jumary bin Mohd Rosani
Bendahari : Suriani binti Baharom
AJK-AJK : Mohd Azimat bin Hashim
                   Khairon Mazlan bin Lib
                   Norhayati binti Salleh

SALAM SILATURRAHIM

Bersyukur kepada Allah s.w.t, pada 27hb. Disember 2010 bersamaan dengan 21 Muharram 1432H...Dengan limpah kurniaNya tertubuhlah Persatuan Lorong 1/4, Fasa 5A, Taman Mutiara, Kulim, Kedah. Ianya di ilhamkan oleh Saudara Mohd Jumary untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara jiran. Mesyuarat pertama pada tarikh tersebut telah berjaya melantik Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa untuk melancarkan program-program yang akan dijalankan. Seramai 25 orang ahli sudah berdaftar.