Saturday, 23 July 2011

Gotong-Royong kali ke-2 & Kenduri Menyambut Puasa (23 Julai 2011)

Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada hari ini 23 Julai 2011 telah berjaya dilaksanakan. Bermula seawal 800pagi di persekitaran rumah lorong 1/4 fasa 5A, program dimulakan dengan senaman ringan dan seterusnya berkerjasama membersihkan kawasan seperti memotong rumput, membersih dan membuang sampah sarap, mencuci longkang dan sebagainya.
Pengerusi dan pihak pengurusan Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang terlibat. Semoga dengan semangat & keiklasan kerjasama yang ditunjukkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

Senaman ringan sebelum Gotong Royong
Kaum Ibu pun bersemangat
Jurulatih senaman (Tn Pengerusi)
Kerjasama membersihkan kawasan

Tengah berbincang sesuatu...

Semangat kerjasama dipupuk dari kecil

Bersedia untuk meratakan rumput

Adik pun nak tolong Ibu....
Berhenti rehat
Makan sambil bersantai

Jom minum dulu ...!!


Selesai gotong-royong .....
 
Kerjasama menyediakan bahan-bahan untuk memasak di sebelah Petang



Pengerusi menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Nasyid

Semoga anak-anak rasa dihargai dengan penyampaian nasyid mereka
Kenduri sambutan Puasa didahului dengan bacaan Yassin dan Tahlil

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Jiran Tetangga dan diberkati Allah s.w.t. Program seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa supaya halaman dan persekitaran rumah kita bersih dan sejahtera.

Monday, 4 July 2011

Cadangan Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada 23hb Julai 2011

Pengerusi dan AJK Persatuan sebulat suara bercadang mengadakan Program Gotong-Royong dan Kenduri Menyambut Puasa pada 23hb Julai 2011 iaitu Hari Sabtu.

Ianya akan diadakan d persekitaran rumah jam 800pagi dan kenduri Menyambut Puasa selepas solat Maghrib jam 800mlm bertempat diperkarangan rumah lorong 1/4.

Agenda dan Tujuan Program:
i) Membersih persekitaran rumah, longkang, memotong rumput bagi menghapuskan nyamuk Aedes, lalat dan sampah sarap sebelum tiba bulan Puasa.
ii) Mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama sesama jiran tetangga.

Ketua keluarga boleh menghulurkan Sumbangan Iklas minima sebanyak RM10.00 dan keatas. Jika berkemampuan boleh juaga menghulurkan sumbangan beras, gula, garam, kicap dan lain-lain bagi melancarkan perjalanan program.

Sumbangan wang dan barang-barang keperluan lain bolehlah dihulurkan kepada Bendahari (Suriani binti Baharom) 5 hari sebelum tarikh program.

Pengerusi dan pihak pengurusan Persatuan mengalu-alukan Sumbangan Iklas dari semua. Semoga sumbangan tuan-tuan/ puan-puan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Nota:
i) Terbuka kepada ahli dan semua yang berminat tanpa paksaan.
ii) Hendaklah mengisi borang yang diedarkan dan kembalikan sebelum 9hb Julai 2011 kepada Pengerusi.
iii) Dialu-alukan cadangan yang membina.